Nurul Anis Izzati ♥
Selamat Hari Lahir Mak!
Sunday, March 10, 2013 | 5:57 AM | 0 comments

Salam Ukhuwwah Fillah  :) Haiiiiii, cerita ni sepatutnya saya dah cerita dalam 4 hari yang lepas tapi di sebabkan baru aktif ke alam blog semula semalam kann, so terpaksa juga lah update pada hari ni. For me this is special date and special entry.

Okay pada 5.3.2013 Birthday Ratu jantung hati saya yang ke 48, siapa lagi kalau bukan mak saya lah kann, this entry special for you mom. Kalau mak baca lagi bagus saya rasa. Tapi saya agak sedikit sedih, sebab dalam banyak banyak tahun, tahun ni lah saya tak dapat wish mak depan depan, saya tak dapat sambut birthday mak. Yahh sedih gila okay. Lagi lagi bila tengok facebook mak ada cake yang dorang belikan and buat suprise dekat. Saya dekat sini sedih je tengok gambar tuh. Tapi takpaa, mungkin saya boleh belikan cake untuk mak dan hanya saya dengan mak je yang boleh sambut orang lain no way. Har har har *gelak jahat*



Sekarang umur mak dah 48, sekejapnya masa dah berlalu lagi 2 tahun mak dah nak masuk 50. Banyak pengorbanan mak semasa lahirkan kitaorang, besarkan kitaorang 5 adik beradik ni. Sampai aku jadi segemuk ni. Heheh. Anis takkan pernah sekali pun lupa apa yang mak dah buat untuk anis. Bagi anis makan, tempat tinggal yang selesa semuanya sempurna bagi anis. Sekarang pun anis dah besar, anis nak buat mak happy. Anis nak mak relaks pula jangan banyak sangat buat kerja. Anis belajar elok elok, in shaa Allah anis cuba untuk dapat kerja yang baik tau mak :')

Selamat Hari Lahir yang ke 48 Pn Hanizah Binti Abd Azid, semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki. Harap apa segala yang mak doakan dimakbul oleh Allah. Jaga kesihatan mak yee, Anis dekat sini sayang mak selalu. :*

Kau pergi............
Saturday, March 9, 2013 | 2:16 AM | 0 comments
Hai, Assalamualaikum :)

Hai hai haii, apa khabar kawan kawanku semua, lama rasanya aku dah tak aktif dekat blog ni. Eh tetiba hati ni macam nak je post sesuatu dekat blog yang dah ditinggal lama ni. Okay sebelum mula kan cerita mesti boring bila buka blog aku je asyik post yang sama tak berubah ubah. Rasa macam "Ehey kau ni dah boleh deactive blog ni" Haha acah acah je kan aku ni. Lol okay bila ada masa nanti aku try juga untuk post something dekat blog ni even sikit pun. In shaa Allah.

So sekarang, mood tengah tersangatlah down sekarang ni. Sedih, pilu kecewa semua ada. Sometimes sampai dah tak tahu nak mengadu dekat siapa dah. Bila mengadu dekat kawan confirm akan sedih dan nak menangis. Bila menangis akan di labelkan sebagai cengeng. Hmmmm cedihnya aku ahaks!

Okayyy sekarang ni sedih sebab Nazrul nak pindah, pindah jauh dari KL. Dia nak tinggalkan aku jauhh dari KL, dia nak duduk kelantan buat selama lamanya kot. Padahal semalam baru je aku jumpa dia k. Tuh pun tersangatlah sekejap. Macam tak expect dia nak pindah minggu depan. Like seriously terus tergamam aku bila dia cakap Khamis minggu depan dia akan pindah. Okay repeat MINGGU DEPAN. Ya Allah aku rasa macam cepatnya dia nak pergi. hmm

Selalu kalau aku balik KL je, malam tuh juga aku akan jumpa dia. Kalau tak jumpa pun mungkin dia balik kampung. Sebak weh bila ingatkan balik apa yang dia cakap dekat aku. Nanti tak tahu lah siapa nak layan kerenah aku bila aku nak keluar pergi mana mana. Selalu Nazrul je yang suka bawa aku jalan jalan, teman aku kesana sini. Takpun setiap sabtu ahad kita orang akan pergi Jusco jalan jalan and tengok budak budak mandi air pancut. Nanti siapa nak teman aku? SIAPAAAAAAAA? *Maaf emotional terlebih*

Ramai kawan aku cakap mungkin ada hikmah semua tuh, K aku redha lah apa yang berlaku even aku terkejut semua ni berlaku dekat diri aku. Berdoa dan bertawakal.


Sayang! Dah pindah sana pandai pandai jaga diri tau. Saya dekat sini selalu setia sayang dekat awak. Awak dekat sana jaga mata jaga hati jangan sesekali suka dekat perempuan lain tau. Awak dah janji macam macam dekat sana. Awak kena belajar rajin rajin, jangan sesekali lupa solat. Nanti kalau umur panjang kita jumpa bila bila tau sayang.

Much love: Your girlfriend :*


Tuesday, April 10, 2012 | 12:19 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hai readers and followers yang sebelum-2 ni ada baca saya punya blog yang tak seberapa ni. Ada juga yang duk tanya 'Anis kenapa dah lama tak update blog' and I was like malunyaaa ada orang yang tanya macam tuhhh hihi *lahai gedik* kayy almost 5 month juga lah saya tak sentuh langsung blog ni tapi takda lah sampai berhabuk kannn. Still bersih dan elok lagi heee :) satu apa pun tak berubah kat blog nii and saya pun lupa acane nak edit blog, dah start jadi kuno balik ah ni :D

Haaa sekarang nak cerita pasal sekolah, mungkin saya macam lambat je nak cerita yang saya rindu zaman persekolahan tuh. Tapi tak kisahlah asalkan saya still juga boleh update seperti biasa walaupun macam dah ketinggalan :D *sambil betul-2 kan rambut* let's beginn hihi. Kayy semenjak dah tak jadi budak sekolah ni kan saya asyik terperap dekat rumah jelah. Nak kerja tak dibenarkan, so duduk rumah tolong mak dekat kedai jelahh nasiblah dapat gaji wooi kalau tak kepokaian jelah setiap masa.

So sekarang ni bila tengok balik gambar gambar masa dekat sekolah and video yang kitaorang buat dekat sekolah buat saya rasa alahaii rindunyaaaaaaaaaaaaaaa dekat kawan kawan kelas cikgu and aktiviti yang kitaorang buat kat sekolah dulu. Time sekolah dulu memang asyikduk fikir cepatlah habis sekolah, tapi bila dah habis sekolah mula lah menggedik rindu nak sekolah *itukah manusia*

*mukatakcukuptidur.jpg*

Macam ni lah dulu dekat sekolah, kalau dekat kerja asyik nak letak kepala kat meja je, lagi lagi bila cikgu tak masuk kelas. Rasa macam bestnyaaa haa dulu tapi tak reti nak sedar sedar dulu yang spm nak dekat. dah taknak cerita pasal spm lagi sebab saya pun bukannya "SPM VICTIM" lagikan so lupakan jee heheh *gelak sopan*

 Saya rindu sesangat dekat kawan yang dekat sekolah, sekarang jarang lepak yelah masingmasing duk busy sekarang. Yang sorang dah pindah cheras yang sorang lagi duk busy kerja dan aku duk busy tolong mak acano nak lepak macam dulu. 

 Dua budak lelaki yang suka duk menyakat orang. Kalau tak kacau orang saya rasa hidup dorang nitak aman haha. Alip and Haziqqqqq :D



Our happy moment together :) Seriusly I miss you guys. Bila lah kita dapat lepak sesama macam masa dekat sekolah dulu. Sekarang nak berkumpul ramai ramai pun susah sangat, last time exam tuh jelah yang kita boleh berkumpul ramai ramai kann. Hope our friendship everlasting, Me love youuuu :* xoxo

Twilight Saga Breaking Dawn ♥
Friday, November 25, 2011 | 8:32 AM | 0 comments
Assalamualaikum and Hai my fellow friends :)

So, how are you today my friends? Saya harap awak semua dalam keadaan sihat sejahtera :) Saya sekarang dalam keadaan yang agak sihat, takda dah sakit-2 ni . Saya tetiba excited ni, arghhhhh ni semua disebabkan cerita Twilight Saga Breaking Dawn lerr ni . Saya nak sgt tengok cerita ni, tolong tolong siapa nak pergi tengok dengan saya? Nak ada orang teman tengok nnti boleh #dengannadayanggedik . Pheww-2 silakan menyampah dgn perangai yang tidak sengaja dibuatkan ni hewhew . 

Okayy dah boleh stop merapu sebenarnya ni . Serius woo saya nak sangat tgok movie ni . "Hai exam, ce cepat habis boleh tak? Selagi tak habis exam saya tak boleh nak keluar pergi tengok wayang" Kalau keluar juga nnti mula lah saya kena marah itu ini, tak sukaaa betul -.- Haih cousin saya best lah habis awal exam dari saya dan saya rasa semua orang yang saya kenal habis exam dulu dari saya . Tak aci ni tak aci, nak juga habis awal macam korangggg . Kay aku merungut sorang-2 sambil hentak kaki haha geik lagi, maaf maaf 


Wuwuwu tengok gambar ni pun dah buat saya excited, belum tengok movie dia lagi . Memang di tunggu-2 cerita ini ditayangkannn . Cepat-2 habisss exam, nak sesangat tengok movie ni . Nnti before last paper, saya cuti  Ntah rasa-2 dapat keluar ke tak nnti ehh #berdoa je yang boleh hehe . Dulu saya tengok Twilight Saga New Moon dengan "A" saya baru lah romantik tengok cerita mcm tuh dgn dia hewhewhew . Dah dah jgn diungkit cerita lama, nnti kawan saya marah asyik nama "A" je saya sebut . So, better saya stop sekarang haha . Sekarang memang saya harap sangat dpt tengok movie ni, tak kira lah lambat ke cepat asalkan saya mesti juga tengok dekat wayang . Tak kira juga yee!

Nak tengok Cullen, nak tengok Bella, Nak tengok Jacob.
Kay nanti tidur nak mimpi dorang hehe :* 

Kbai :)
Tahniah Harimau Muda! Aummmmm :)
Monday, November 21, 2011 | 9:10 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera readers :)

Seperti yang anda semua tahulah kan sekarang ni minggu BOLA! Sukan SEA yang sedang berlangsung dekat Indonesia tuhh, ntah apa stadium yang dorang pakai pun saya tak berapa nak tahu . Yang saya tahu no no kat belakang haha . Annoyingnyaaa saya -.- So memang semangat betullah bila dapat tahu yang Malaysia dpat masuk ke peringkat Final, berdebar-2 hati den ni . Amboi saya pula yang over tau kalau bab-2 Malaysia yang lawan ni :* Mana taknyaa Tanah Tumpahnya Darahkuu cehceh .

"First of all, Tahniah kepada pasukan Malaysia kita kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Malaysia . You are the best football team ever! and I proud to be a Malaysian girl :) Ini lah pingat yang berharga untuk semua rakyat Malaysia . Goodjob Harimau Muda! You guys make we all proud of youu . Aummmmm! <3 Emas memang untuk kita Malaysiaaaaaaa"

"To Indonesian: Tahniah juga sebab dapat masuk ke Final dan dapat tempat keduaa . Playerr Indonesia pun dah main sebaik yang mungkin tapi bukan rezeki untuk memenangi pingat Emas untuk kali ini . Dah dah jangan nak anti sangat dgn Malaysia sampai nak bakar lagi Bendera rakyat Malaysia semua . Menang kalah semua ada permainan . Mungkin lainhari turn player Indonesia pula yang menang tp dgn negara lain ahh, dengan Malaysia mmg taklah boleh menang :P Okayy btw Congratsssss Indonesia :)"

Tadi tengok bola pun mengalahkan budak lelaki yang tengok . Mana taknyaa menjerit sampai nak terkeluar anak tekak ni woiiii . Kemain semangat ennn, Malaysia punya pasal hilang suara pun rela apa elehh . Harini saya tgok bola dengan mak je . Abah keluar pergi tengok dekat kedai, lagi kecoh lahh ayah saya kalau tengok dekat kedai tuh dengan geng-2 dia lagi kan haha . Lagi pun kan jiran depan rumah dengan sebelah rumah pun sorak bukan kemain lagi, macam tengok dekat mamak je haha .

Tp mmg wa tabik spring lah dekat pemain Malaysia, dapat bertahan lama dekat padang tuh . Walaupun banyak kena tackle kena tolak still gagahkan lagi diri tuh nak main :) Saya sayang awak semua Harimau Mudaaaa <3 :*

Hai Harimau Muda We Loves You!

image

Muslim Ahmad saya minat dialahh . Hebatnyaaa saya tengok dia tadi, cair lah wee bila tengok dia tadi . Tp kesian bila dia sakit refree jepun tuh tak bagi pun kat kuning yang buat Muslim sakit phewww . Takpa Muslim tetap kuatkan . GO GO MUSLIM GO! :*

I'm Proud To Be Malaysians :)

Taggie tag lagi :)
Saturday, November 19, 2011 | 12:10 PM | 0 comments
Hai Assalamualaikum semua, apa khabar? Okayy saya dah lama tak update blog . Mungkin busy sebab SPM, saya just sempat online FB je . Mmg yang lain saya tak sempat nak online semua . So, mesti awak semua boring bila buka blog saya . Cerita yang sama je, tak ditukar-2 langsung ntah dah berapa minggu pun tak tahu lahh blog kesayangan saya ni tak di usik oleh saya :)

Sekarang jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi, tp mata ni still tak boleh lagi nak pejam . Mmg time-2 mcm ni tak mengantuk lagi and saya susah nak tidur awal . Kenapa kenapa? saya sendiri pun tak tahu hee . Ada masa terluang ni, saya pun pergilah check shoutbox green saya tuh ada tag . Agak byklah juga tag yang diorg bagi saya tak buat lagi, saya ingat nak buat hari tuh tapi tak sempat ada je benda lain yang saya nak buat . Saya dpt tag dari Cik Donat comel nama blog dia cehceh dan dari Kak Alwani :)

Mcm biasa first mesti ada rules dia

The Rules!

1. You must post these rules.

2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions that the tagger has set for you in their post and create 11 new questions to the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to thier page and tell them you have tagged HIM / HER.
6. No tag back.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU READ THIS" you legitimately ( a.k.a REALLY , TRUST , WITH ALL HONESTY ) have tagged 11 people.

11 Things About Me!

Saya Tinggi
Saya gebu :)
Jenis yang tak suka bila kena marah . Dem Hell yeah :D
Saya bakal habis sekolah dalam beberapa minggu je lagi
Benci orang Hipokrit
Saya sayang family saya <3
Ayam masak merahhhh yummy, favourite wooo!
Peminat Anak Kelabu Peluang <3 Greyson Chance
Saya cepat sensitive :/
Saya suka tengok cerita Keluang Man, Awesome .
Saya suka MATLUTHFI, heew heww

Kak Alwani's Questions

1. nama anda?
Nurul Anis Izzati bt. Ahmad Fauzi
2. siapa orang yang paling anda sayang selain keluarga anda?
Allah Swt, Rasul and Semua Kawannnnn
3. to you, alwani raihan ni macam mana orang nya?
Kak Alwani Raihan ni kan, saya tengok dia ni hyperactive kalau duk comment dgn dia . Pastu pastu dia ni laa cun comel cantik semua adaaa keke. Saya jujur ni kak :)
4. your bad habit?
Suka gigit kuku -.-
5. impian yang tak akan pernah tertunai?
Nak pergi Korea jumpa Kimbum SuperJunior and semua lahhhh .
6. apa yang anda nak dalam hidup?
Kesejahteraan dari Allah swt :)
7. sumber inspirasi anda?
Semestinya parents saya yang tersayang eh eh also my teachers too :)
8. sifat anda?
Suka Berangan sorang-2
9. siapa anda 10 tahun nanti?
Mungkin dah jadi isteri orang . Jadi ustazah yang bertauliah, amboiii
10.kalau anda diberi RM 1 juta, apa anda nak buat?
Bagi parents, suruh dorang pergi haji and derma dekat rumah anak-2 yatim or kebajikan yang lain
11. define yourself in a simple words
I'm A Simple Girl :)

Cik Donat's Questions

1. Kalau besar nanti awak nak jadi apa?
Nak jadi orang yang berguna cehceh, pereka fashion maybe :D
2. Awak rasa awak berbakat tak?
Yee, tp dalam menyanyi jelah, siapa yamg pernah dgr suara saya tahu lah kot .3. Berat awak berapa?
Secret, saya berat :D
4. Awak pernah jatuh dalam longkang?
Pernah, masa kecil . Pastu menangis kuat-2 haha
5. Kalau awak kene sound dengan pakcik jaga, awak buat ape?
Saya watlek, pastu lepas kena sound
6. Awak ada kucing? kalau ada nama dia apa?
Takda kucing punnn
7. Suka makan sayur tak?
Errrrr tak -.- 
8. Pernah tak ada orang cakap kat awak " Jom Couple? " awak terima tak?
Pernah tp saya tak terimaa . Sebab saya sayang A lagi -,-
9. Kalau ade orang mengorat awak, awak buat ape kat dia?
Saya watlek sampai buat muka toya hahah
10. Pernah kene khianat dengan kawan? *best friend*
Buat masa ni tak pernah lagi :)
11. Soalan saya mengancam tak? :P
Fuhhhh ngancam habis :D

My Questions!

1. Awak rasa awak comel tak?
2. Kalau tidur keluar airliur tak (JUJUR)
3. Whats your favourite drinks?
4. time kecil-2 dulu cerita favourite korang apa?
5. Selalu bangun awal ke lambat
6. Suka buli orang tak time korang kecil dulu?
7. Warna kesukaan?
8. Sebelum tidur apa yg korang buat?
9. Baby Nikon or Baby Canon, which more better?
10. Suka saya tak? haha
11. Rasa-2 korang jujur tak jawab semua soalan ni?


Di Tag Oleh Anis!
Cik Donat (awak ditag balik, tak kira nak tag juga) :D
Sesiapa yg jadi followers saya, sila ambil tag ni puh-leasssss sbb saya tak tahu nak tag siapa lagi :)


Habis menaip jam 4.10 pagi . Lama kannn hewhew kbai :)

Cerita zaman kecil :)
Wednesday, October 26, 2011 | 11:02 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ya para sahabat sekalian :)

Img_3729_large

Haiiii saya tak boleh tidur ni, so pepagi buta macam ni lahh idea saya nak datang . Nak setory dekat you alls semua, tuh pun kalau ada yang baca blog pengarang jantung hati saya ni hew hew . Story ni saya ambil dari blog Ameerul Zulkifli tapi saya tak copy dia punya okay . Dia punya story menarik perhatian saya, so tuh yang terasa nak juga post about this story . Zaman kanak-2 siapa yang tak suka kann, penuh dengan riang ceria :)

Okayy let's begin now, korang still ingat tak zaman kebudak-budakan korang? Ada tak korang imbas balik then cerita masa korang kecil-2 dulu? Kalau saya still ada cerita masa zaman saya kecil dulu . Kadang-2 kitaorang kumpul ramai-2 then mula lahh sesi potpetpotpet kitaorang cerita masa kecil dulu, Kalau ingt balik serius kelakarr . Zaman kecil lahh yang paling indahh, kenangan yang boleh kita simpan sampai bila-bila . 

K nak bagitahu sikit, saya dulu dengan sekarang sangat berbeza . Kiranya macam dah berubah lahh, tapi saya bukan berubah kepada perkara yang teruk . Dulu time kecil saya suka buli kawan-2 saya, ini macam perkara biasa . Usik mengusik sesama sendiri . Dulu jugalah saya kuat tengking orang, bila orang buat salah kat saya saya akan ckp "Aku taknak kawan kau, k blahh!"Tapi sekarang nak marah orang lain pun susah sangat . Haha serius gelak kalau teringat time tuhh . Kereknyaa saya time dulu mcm tak caya je "Ni aku ke? Awat sekarang dah lain" zaman kanak-2 mengajar kita semua benda .

Ingat tak dulu kecil-2 permainan apa yang korang main? Ingat tak ingat tak? dan saya still ingat lagi sampai sekarang . Apa permainan yang saya main sampai tergolek terguling terjatuh semua saya ingat . Ingatan kuat lagi ni haha #itewperasan :D Permainan yang selalu sangat saya main masa kecil

#Lumba lari (Ni favourite saya punya permainan)
#Bola (Jadi goalkeeper) haha
#Tali Skipping
#Kejar-kejar
#Ting-ting
#Police Entry
#Rounddass (Ntah betul ke tak eja ni) haha
and banyak lagi lah .

Dulu petang-2 kul 4 saya dah keluar, awalkan . Kawan saya yang perempuan still ada kat rumah lagi . Mmg saya lah tukang jerit panggil diorang turun . Nasib semua duk rumah tingkat dua, kalau tak jenuh nak kena panggil sorang-2 haha . Saya perangai dulu mcm laki, serius mcm laki . Dulu mana kisah sgt nak main permainan ni semua dengan budak laki . Watlek je semua kann . Tapi sekarang, mmg susah nak tgok budak-2 kecil main permainan ni semua . Ada memang ada, tapi tak ramai yang buat mcm ni sekrang . Susah sangat nak jumpa .

Sekarang budak-2 semua pandai dah layan FB, youtube and twitter semua . Zaman saya dulu, myspace pun tak tahu lagi apa benda tuh . Yang tahu buka komputer main kad terup tak pun lukis-2 jee . Rasa macam awesome gila lah time tuh hehe . Kalau dulu balik petang, tak sabar ni nak main kat taman sanggup tunggu kawan-2 yg lain balik sekolah . Tapi sekarang, balik rumah je terus ngadap facebook . Ahhh mcm tak best je, tak adventure lah buat benda tuh je . Nanti dah besar nak cerita balik masa korang kecil mesti BORINGGGGG . 

Memang lainkan budak kecil dulu dengan sekarang . Memang kita boleh nampak perbezaan tuh :) So ni jelah pandangan saya dgn budak-2 sekarang . Zaman kecil saya awesome, tak boring . Best bila dapat kongsi dengan kawan-2 saya semua .
 Kbai .

Taggie tag :')
| 12:15 AM | 0 comments
Assalamualaikum :)

Haiii awokkk semua, hari saya bosan mana taknyaa saya terperap je duduk kat rumah ni . Ayah dengan adik-2 saya syiok lahh pergi mandi kat kemensahh, mandi terjun sungai . Saya tak pergi coz kena teman mak saya, mak saya demam . Semoga mak cepat sembuh yee :* Serius bosan, nak keluar aduhh tengah pokai pulak sekarang ni, nasib lahh dorang tak ajak keluar . Kalau tak kena beri alasan yang sama nak "Aku pokai wee" haha dorang pun mesti dah bosan nak ajak saya keluar . Wat-evahhh lupakan je :)

Okayy back to main topik, saya dapat tag dari awek saya yang comel ni Laila Husna . Dia suruh saya buka blog dia and jawab soalan yang telah diberi . First ada rules diaa .

The Rules

#You must post this rules

#Each person must post 11 things about themselve in their journal 

#Answer the questions the tagger set for you in their post, and create new questions for the people you tagged to answer

#You have to choose 11 people to tag and link them on the post

#Go to their page and tell them you have tagged him/her

#No tagging back!

#No "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" You legitimately have to tag 11 people .

11 Things About Me :)

*Nama saya Nurul Anis Izzati bt Ahmad Fauzi

*Lahir pada 5 August 1994, pukul 2.22 petang 

*Saya anak ke-3 dari 5 orang adik beradik

*Saya penggemar tengok cerita korea 

*Saya seorang yang sangat pemalu pada mulanya

*Tak reti nak marah orang lain -.-

*Sangat obses pada warna biru

*Saya suka menyanyi sorang sorang

*Tinggi saya 165 dan saya chubby :'>

*Saya seorang yang cepat mengalah untuk menjaga hati orang lain

*Sampai sekarang saya still sayang kan 'A'

Laila's Questions :)

-> Single ke In a relationship?
Single

-> Suka baca blog aku tak?
Kita suka sangat baca blog awak Laila :>

-> Lelaki atau perempuan yang ego?
Dua-2 ada ego, ikut pada diri masing-masing :)

-> Paling tak suka bila?
Orang usik barang saya tanpa kebenaran.

-> Prefer text or call?
Both

-> Pandangan korang tentang remaja sekarang?
Remaja sekarang ramai yang dah tak tahu akidah masing-2, tak semua tp segelintirlah . Sekarang tengoklah macam-2 dah jadi -.-

-> Pizza, KFC atau Secret Recipe?
 KFC lerr

-> Pernah tak kena tipu dengan bf sendiri?
Pernah sekali before couple dengan 'A'

-> Sebelum tidur selalu buat apa?
Saya akan tengok gambar 'A'

-> Lagu fav korang?
Hero and Unintended

-> Nak kahwin masa umur berapa? Hihi
Umur 25 tahun Hee

My Questions!

#Awak suka warna apa?
#Suka tak berkawan dengan saya?
#SPM rasa-2 banyak A's tak??
#Bagi dua ciri lelaki idaman awak .
#Berapa ketinggian?
#Apa maksud cinta pada awak? Hihi
#Subjek yang paling awak suka?
#Awak akan marah bila?
#Siapa kawan yang paling awak rapat?
#Cita-2 nak jadi apa?
#Awak sayang saya tak? Cepumas ni :D


Ni jelah yang boleh ditag, sesiapa yang baca blog saya dipersilakan lah ambil tagged ni :)
Kbai 

Bila bosan :>
Tuesday, October 25, 2011 | 10:30 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

First of all, saya nak ucapkan Selamat Hari Deepavali to all Indian's religion . Semoga awak semua menyambut dengan rasa seronok dan berada dalam keadaan sihat sejahtera, vanakam :) Nanti habis lah bunyi pom pom pom #bunyi mercun . Biasa lerr, manusia bila ada je perayaan mesti ada juga bunyi bising mcmtu kan hee .

Okayy tutup cerita pasal tuhhh . Eh hai, setiap kali saya update blog ni saya akan kata "Ahh lama dah tak update blog omey saya ni" ceitt tuh lah pemalas sgt smpai blog sendiri pun tak terusik sekarang ni . Semenjak dua menjak ni kann, pemalas saya semakin menjadi-2 . Nak pergi sekolah pun liat sangat, liat-2 pun still pergi sekolah juga . Fikir SPM punya pasal enn, rajinkan lahh diri ni eventhough saya sangat sangat pemalas :D

Haa nak story pasal hari jumaat lepas, saya tak pergi sekolah . Tak pergi sekolah sebab ada ambil report card then mak saya taknak ambil sbb dia busy . Saya pun apalagi ambil kesempatan untuk cuti :> Tapi seperti biasa saya still bangun awal juga sebab kawan saya nak datang rumah . Dia suka kacau saya tidur hihi . Kitaorg plan kalau tak pergi sekolah, nak pergi rumah zainur . Lepas siap kemas rumah semua, saya siap-2 dgn cepat terus pergi rumah zainur . Rumah dia boleh tahan jauh lah, and saya dgn afiqah jalan kaki pergi sana :/ serius penat woo :D

K semangat pergi bawa kertas math calculator and pencil box . Fikir nak study sesama nanti kat sana, sekali hampeh afiqah je yg buat hw tusyen dia tuh . Tapi tuh pun kejap je mana lama haha . Tetiba dorang plan nak pakai shawl then tangkap gambar . Aduhh saya dah rasa mcm malas ahh pulak . Dah lama-2 dapat camera, habis ahh mmg tak ingt dunia lerr, mmg dalam camera afiqah tuh byk gambar saya je lah . Nak buat acane pantang nmpak camera ni hew hew hew


Gambar saya sebelum makeup :)

Haa awak tahu tak, saya dipaksa untuk make up . Seriuslyy wee tak suka langsung . Tgah duk syiok online, tetiba yang si afiqah ni duk tacap muka saya . Bila saya tepis tangan dia, dia pula pukul tangan saya balik . Macamsiot sikit ni budak, bukan sorang je yang jadi mak andam . Sampai sekali dua orangg, geli noh pakai make up #ceitsayatakretimakeup and taksukapakaimakeup -.-



Tahu comel dah yang ni #bukanselalu :D


Hai ni lah zainur :) Cantikkan dia hihi .

Dah penat bergambar semua, masing-2 pergi makan . Laporr woo, perghh tom yam mak dia sedap tau tak :) Kalau boleh mmg saya nak hirup semua kuah tomyam tuh haha . Dalam kul 4 lebih macam tuh baru sampai rumahh . Kawan-2 yang kat rumah tuh pun pelik je tengok saya . Mana taknya tak pernah-2 make up, tetiba balik tuh tengok muka dah lain haha . Ckp saya ayu sgt, ceitt menyampah je dgr :D

Harini 25 Oktober :) and saya still ingat lagi tarikh ni . Bila saya teringatkan tarikh ni, saya akan ingt awak juga :/ Awak jaga diri elok-2 ye hmm .

Kbai :)

Esh-Pii-Emm :3
Thursday, October 13, 2011 | 1:32 AM | 0 comments
Assalamualaikum and hello everyone :)

Hai hoy hai hoy haaa haiiii :D Okay saya gila . Kdah lama tak update blog omey saya ni, nak kata busy? Err saya tak berapa nak busy . Nak kata malas? pun tak seberapa nak malas . Ada juga kawan saya kata "mana menghilang?" Saya akan jawab benda yang sama . Saya ada je kat sini, tak pergi mana-2 pun . Awak rindu saya leteww sebab tuh tanya cenggitu kan hew heww #ksayaprasan :3 Saya dah lama tk update, dah lama tak active FB saya disebab Laptop kesayangan kami sekeluarga rosak :/ Ni benda suka sangat buat hal, sampai buat saya dah fedup dan sangat sangat fedup dgn lappy ni . Tapi kan yang muka buku tuh takdalah tak active mana pun, still online pakai phone c3 lopek saya tu hihi .

Saya sendiri pun dah tak tahu nak cerita pasal apa dahh sekarang ni. Takda cerita best yang saya dapat cerita kann . Hmmmm okayy cerita pasal Esh-Pii-Emm lahh kann, sekarang budak-2 PMR semua dah habis berperangkan . So, maybe they're enjoy now, but not enjoy at all okay baby . Tunggu result awak keluar and dapat good result baru lah boleh enjoy sakan okayy . Now SPM hanya tinggal dalam sebulan je lagi, Ya Allah rasa macam cepat je masa berlalu kann . Boleh tak kalau saya kata saya tak sedia lagi? :/ Ahh this make me crazy . Time-2 ni lah sepatutnya dah readyy . Okayy I'm ready, tapi half jelah hihi . 

Ada juga yang tanya pasal trial saya, result trial saya not bad lahh . Saya dah buat sebaik yang mungkin, lagi-2 time paper BI and SEJ serius saya buat dgn betul, ahh tapi sejarah mmg buat saya down sesangat -..-" Asyik dpat markah yang sama, turun naik turun naik kbosan . Mesti awak awak punya result okay kann, alhamdulillah lah if dapat result yang boleh buat diri kita happy :) . Sepatutnya dalam sebulan ni, cikgu tak kasi kami satu kelas active mukabuku . She want us to focus for our study first, kalau dah habis SPM suka hati lah nak online lama mcam mana pun . K cikgu tapi online-2 saya pun, I'm never forget to study hihi :3 

Ksekarang saya tengah menghitung hari menunggu SPM, and setiap malam saya study subjek yang saya betul-2 low . Saya nak buat terbaik untuk masa depan saya . Guys, wish me luck okayy and I wish goodluck to you SPM victims . I know we all can do the best for SPM :)

FIGHTING ! :)


Lupakan Dia :)
Thursday, September 22, 2011 | 10:43 AM | 0 comments

(Ada 2 titis airmata yang mengalir di sebuah sungai . Satu titis air itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya . Siapa pula kamu?". Jawab titis airmata kedua itu, "Saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja" :'<)

Saya copy je ayat atas ni, saya tak pandai nak buat ayat cenggini . Tapi saya dikategorikan macam gadis yang kat atas ni . Saya pernah nangis disebabkan saya dah kehilangan dia, mesti orang akan kata "macam bodoh jekan nangis sebab lelaki" Saya takkan nangis tanpa sebab, saya susah nak sayang orang . Susah sesangat, saya tak tipu . Dalam banyak-2 couple saya sebelum ni dia sorang jelah yang paling saya sayang sesangat . Lagipun saya tak byk couple pun . Kawan saya selalu cakap "Kenapa kau sayang sgt kat dia? Padahal dia tak pernah pedulikan kau pun" saya rasa macam tk tahu nak jawab mcm mana, kadang-2 saya pun tertanya kenapa saya sayang dia and kenapa saya nak sgt kat dia . Hidup ni banyak betul dugaan eh :'(

Tapi saya selalu sangat cuba nak lupakan dia, susah jugak ye . Adik saya selalu ejek saya dengan nama dia, acane saya nak lupakan dia kalau asyik nama dia selalu saya dengar . Saya ada cakap dgn kawan-2 saya yang saya nak lupakan dia, dah setahun lebih saya tunggu dia and until now saya tak dapat apa-2 pun . I think, I should let him go, biarkan dia pergi dari hidup saya . Saya dah tak kuat nak menangis lagi, bila malam-2 cenggini je mula lah asyik teringatkan dia je . Eiii boleh gila macam ni tau, memang sekarang saya rasa say kena betul-2 lupakan dia . Gambar lama dia still ada lagi dalam phone saya, nak buang sayang pula -.-" 


Status saya semalam, I'm give up now :/ saya dah penat sangat tunggu dia, tapi dia dah tak ambil peduli pasal saya . Memang patutlah saya lupkan dia . Saya akan cuba lah ehh and saya akan cuba anggap dia sbgai ABG, okayy anis boleh punyaaaa :) Anyway, thanks fiezah sebab bagi ayat yang boleh buat saya tenang . InsyaAllah saya akan cuba setakat mana yang saya boleh . Ehem tapi boleh kan saya nak sayang dia? :D

Mungkin bukan masanya untuk saya bahagia dengan orang yang saya sayang . Ini cuma dugaan yang ALLAH bagi untuk saya supaya saya lebih kuat hadapi semuanya . InsyaAllah satu hari nanti ada orang yang akan sayang saya seperti mana sayang saya padanya . Saya berharap si Dia bahagia dengan apa sahaja yang dia lalui, saya akan sentiasa ada untuk dia bila saya diperlukan :)

Kbai :) Awak jaga diri ye 'A'

Omeynyaaa dia :D
Sunday, September 18, 2011 | 1:02 AM | 0 comments

Anyeonghaseyo chinguu :)

Short update for this entryyy hehe . Ce tengok gambar atas, ala omeynyaaaa dia kann <3 Okay sebelum ni memang tak pernah tgok dia berlakon . Sekali dalam drama "Protect the boss" ni lah 1st drama saya tengok dia berlakon . Okayyy memang cool gila dia dalam cerita tuhh . Dan dia sangat lah comel comel dan comel, lagi-2 bila dia marah merajuk pastu hentak kaki . Serius omeynyaaaaa *mata bentuk love hahah .

Dia lagi comel dari Jaejoong, saya cakap benda yang betul . Sorry kepada peminat Jaejoong :D Jangan marah itew tau, saya cakap pada pandangan saya jelah ehh hehe . Saya tak sabar nak tgok episode yang lainn, cerita ni syiok sgt lagi-2 Jisung dgn girl tuh #hehelupanamadia .



Jisung and Jaejoong memang suka bergaduhhh
Comelnyaaa kann #tak habis-2 dgn comel hehe :D

Cepatlah hari isnin cepatlah hari selasa, saya tak sabar nak tgok the next episode . Nak tengok muka Jisunggggggg ! Bila tengok dia nanti saya sengih sorang padahal tak lawak apa pun time tuhh . Tengok Jisung ni lah buat saya sengi sorang-2 #gilasikit haha 


I LOVE DRAMA 'PROTECT THE BOSS'
Malaysian Dayy :)
Thursday, September 15, 2011 | 11:19 PM | 2 comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia :) as you knowlah kan todayy is Malaysian Day (16 September) . Pastu sekolah-2 semua cutii, yeay yeay itewww sukaa sesangat hew heww . Tapi saya tak pegi Dataran Merdeka punn, saya bangun lambat, pastu takda siapa nak hantar. acane ni? Mmg tak boleh nak pegi lah kan :/ Takpa saya duduk rumah je, menunggu masa untuk pergi ke rumah terbuka sebelah blok saya :D

Haa semalam kan hari khamis, ada majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang ke 54, semalam hari yang paling syiokk yang saya takkan pernah lupa, siyezzz semalam seronok sgt . Sukanyaa bila tak belajar hewhew :D Semua sekolah kan buat majlis yang sama, sambil buat jamuan sempena Hari Raya . Kelas saya banyak bawa makanan sampai saya sendiri tak tahu nak makan yang mana, pastu saya rasa better saya makan dulu makanan yang mak saya masak haha . Saya bawa kuet teow shedap plus pedas, mak saya tak sah kalau tk masak pedas :3


Makanan tuh baru nak dikeluarkann, sorry saya tak tolong awak-2 semua keluarkan makanan :> saya sibuk tangkap gambar je kann . Eh eh tapi bukan tak tolong langsung ehh, saya ada lah tolong sikit hihi . Adaa satayyy, sedappp tapi saya tak makan pun, kawan saya kata sedap sgt .


Kelas sayaa semua perempuann, takda pun laki . Kawan-2 laki saya semua kelas lain, jauh dari kelas saya hihi . Tengok cikgu, bukan kemain lagi dah macam anak-2 murid dia jugakk :D



Alorhh minyak kat muka saya memang dah boleh kena perah dah tuhh :D Lagi putih tangan tuh -..-"
Okayyyy budak laki tuh alip, kelas dia jauh tapi sibuk je kat kelas saya haha . Saya selalu kena kaitkan dgn dia, okay mmg tak syiok langsung, dorang suka buli saya :/ sadis betul . Saya suka Watlek Watpeace je, malas nak layann . Sbb dorang ni memang suka kena kan saya tak bertempat er . Ok peace (n.n)v

Haa tuh je kot saya nak cerita pasal semalam, saya mmg tak reti dduk diam . Pergi raya kat kelas lain merayau sana sini . Ok mmg penat sesangat tapi syiok lerr , Sampai sekolah daripada bersih terus kotor haha, dorang semua ganas bebenor :D

p/s: I'm proud to be a Malaysian, sebab sampai sekarang alhamdulillah Malaysia bebas dan aman tanpa sebarang jajahan lagi . Saya sayang Malaysia phewwit <3

Malam yang indah :D
Saturday, September 10, 2011 | 9:22 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Bersua juga kita kembali yee :) Tajuk entry saya ala-2 mcm poyo sikit, ntah indah macam mana lah malam tuh kan hihi . Okay malam semalam, hari sabtu en . Kawan saya ada buat open house plus tahlil . Anyl ramai kawan, ada juga yg saya kenal cenggitu je, tak rapat pun . Memang kecoh gila dekat taman tuh . Memang boleh dikatakan penuh ler juga . Dah tengok gambar je ler, malas nak taip banyak-2 :B

|
|
|
V


Hehe saya suka bajet ayu, orang sebelah saya lawa :)

Muka putih sgt -..-"

Warna warni gitu hihi :) 

Jam biru mesti kena ada wee :P
3 gambar atas ni lawa sebab pakai DSLR nikon milik miera <3

 
Ijat memang suka over :D

Rasa macam nak bagi pelempang pun ada kan pheww :D

Gambar anyl takda sgt dekat camera saya, yelah mana taknya busy memanjang layan kawan-2 dia yg datang . Dekat camera dia adalah byk gambar dengan dia . Saya balik kul 12, Uish lama betul . Mana taknya bukan kemain lagi ramai yg datang, sampai kitaorg semua pun makan lambat -.-"

Takpa asalkan puas dapat makan AYAM MASAK MERAH hew heww

kbabai :)



2 years ago :)
Friday, September 9, 2011 | 12:40 AM | 0 comments
Haiii Assalamualaikum semua, sihat tak ni? saya alhamdulillah sihat . Tadi saya jawab paper exam sejarah, tahu dak susah gila we, saya rasa mcm taknak jawab je tadi . tapi saya fikir-2 balik kena juga buat even sesusah mana pun . Bahagian essay tuh boleh buat otak saya pecah #ktipu :B

K mula-2 saya memang suka lari tajuk hehe, saya suka buat cenggini . 2 years ago? pasai apa pulak ni . Nak stories sikit ni . Mesti ada orang yang terapat dengan saya tahu apa maksud dia ni or mungkin ada juga yang tak tahu kann . Sebelum-2 ni saya pernah post cerita cengini, tp tak tahu ler ada orang setia baca ke tak . Sebab kat blog ni byk cerita ORANG PATAH HATI JE haha, inilah saya -.-" yang sedih tiap-2 hari tapi suka buat-2 yg diri dia tuh happy sangat . Sungguh annoying :/

Saya suka someone ni, saya nak sgt bgtahu dia yang saya syg dia sampai skrg . Tapi saya rasa mungkin tak patut juga kot saya bagitahu dia yang saya sayang dia . Sebab saya tahu dia tak pernah syg saya *tsk tsk mcm nak nangis je* okayy saya watcool kejap . Saya kenal dia 2 tahun lepas, lama juga lah saya kenal dia . Ntah kenapa sampai sekarang dalam kepala otak ni asyik nak fikir dia je . Nanti sebelum tidur mesti saya ingt pasal dia punya . Leceh ler cenggini kann, dia teringat sendiri bukan saya yang nak .

Asyik sedih je saya ni . Hehe ilek-2 saya memang cenggini lahh :B saya dapat luahkan kat sini pun jadilah, kang cerita kat kawan saya takut dorang gelak kan saya . Lagipun saya segan cerita depan orangg itewww malu larhhhh hehe . Nobody's pefectkan termasuklah saya, yee saya bukan terbaik untuk dia tapi saya cuba nak jadi yg terbaik untuk dia . Saya ingt lagi apa yg dia tulis kat blog dia dulu, smpai sekrang ada dlm ingatan saya ni 

"I'm still loving you" phewwit saya ingat lagi ayat ni yg dia bagi . Tak tahu pula dia, mesti dia dah lupa . Pasal saya pun mesti dia dah lupa . Takpa saya redha je #mcmnilahkalauorangpatahhati :D saya takut je dia baca blog ni, saya tak boleh simpan nnti saya nangis kang acane, biar saya luahkan kat sini . Saya dah penat, penat sgt pendamkan benda ni . Sampai saya rasa macam nak give up je :'< Ramai ckp find someone that love you who you are, ckp senangkan tp saya yg lalui semua tuh . Tak senang :) Saya memang susah sayang org, bila dah sayang mcm ni lah sampai bila-2 takkan dpt lupakan org tuh . Entry saya kali ni mcm annoying sikit sbb tunggu orang yg tak pernah ambil berat pasal sayaa :'<


Biar saya sorang je yang sayang awak . Tengok awak happy pun dah okay bagi saya :)
Bagi saya takda orang yang lebih baik dari awakk .
Awak terbaik untuk saya :)

Saya akan happy bila ada messages masuk, dan message tuh dari dia 
Saya akan senyum lebar sampai ke telinga hihi :'>

Kbai bukan selalu saya jiwang hehe :B

Raya Dikampung Halaman :)
Wednesday, September 7, 2011 | 11:28 PM | 0 comments
Assalamualaikum yaa muslim semua . Okayy memang lambat nampaknya aku post pasal raya semua. Baca entry orang lain syiok je, mcm-2 cerita noh kome semua. So, mungkin entry aku kali ni ala mcm dah ketinggalan zaman dah kann. Alaaaa cedihnyewww itewww :'< k teremo pulak eh haha .

Okayyy kembali ke cerita yang asal, seperti biasa setiap tahun aku akan beraya di Perak. 3 hari dekat kampung mak, sehari belah abah pulak. Tapi aku terasa macam lama bebenor je aku dduk kampung, tp syiok jugak duduk kampung enn, nyaman je wee even kampung aku tak lah terasa mcm betul-2 kampung .

Raya Pertama :)
Seperti biasa, first raya mesti aku semangat punya. Aku bangun awal, tapi aku tak tahu lah pukul berapa aku bangun tp yg penting awal lahhh haha. Sibling aku semua pun tak bangun lagi time tuh, pergh terer lah bangun awal #ceit bangun awal pun kecoh :B Tapi aku bangun awal pun akulah orang terakhir yg siap pakai baju lawa-2 aku tuh, mana taknyaa aku kena suruh gosok baju dorg semua . Bayangkan semua ada tujuh orang, aku kena gosok 6 pasang baju termasuk baju aku sendiri . Lagi 1 baju kkak aku, tuh dia buat sendiri ahh :P 

Okay semua dah siap, wangi-2, omey-2 baru lah boleh pergi beraya . Tahun ni tema baju kami semua warna Merah, nasib kerbau dah belah awai. Kalau tak mmg pagi-2 tuh semua dah kena sondol dgn dgn kerbau tuh, tak beraya we nanti haha . Sat-2 sebelum pergi beraya kena bergambar dgn family

Ahmad Fauzi dengan anak-2 lelakinya :)

Hanizah dgn anak-2 perempuannya :)

Takda siapa nak tangkap gambar 1 family untuk kita org . Semua busy je, so kitaorang buat jelah cenggini. Okay lah en daripada takda gambar family langsung ;) Dah selesai bergambar terus pergi rumah beraya pergilah Lambor Perak, tp ramai kawan mak tahun ni tak balik raya, so tk dalah pergi beraya mcm tahun-2 lepas . Pastu pergi beraya dekat kampung eja pulakkk, dia nak sgt enn aku beraya kampung dia, paksa bukan kemain lagi, rindu aku letew kann haha . Borak-2 ler semua dgn eja, then ajak dia sekali ikut aku beraya. Alang-2 dah ada ni, ikut jelah sekali kan hikhik :B Ehem kita nak cakap kita suka bila org yg kita suka pakai baju warna sama dgn kita #ktetiba :P Aku dpt duit raya tahun ni sikit je, tak macam tahun lepas . Aku bawah umur boleh dpt lagi duit raya byk-2 lagi ni . Jealousnyeww iteww tgok kawan-2 semua dpt byk -..-"

Raya Kedua :)
Raya kedua, baju kurung warna purple tapi baju tahun lepas punyaa lah ehh . Mmg setiap tahun raya sepasang sudah mencukupi dah . Ilek baju lama ada, tk payah membazir beli baru . Raya kedua baru aku balik Ipoh, tidur sana sehari je pun . Kejap je tak syiokk -.- Aku pergi beraya kat tambun, yg aku tahu kat sana Desa Tambun je, yang lain harem aku nak tahu haha . Tapi aku bosan bila syuhada tak ikut balik kampung, aku takda geng . Iteww cedihh lagi lewww acano nii :D


Kakak saya poyo :B muahahah 


Okay saya gemukkan :> Kbai haha

Dah penat beraya malam tuh ilek jap, texting-2 pastu main mercun . Tapi bukan aku main, cousin aku yg laki tuh main . Mercun bola tuhh, takutnyewww nak main :P pastu ada mecun gasing, main tuh jelah tp mercun tuh tk berpusing . Sah sah mmg aku tak reti mian mercun baling pun tak betul haha .

Raya Ketiga
Hari ketiga aku tak pakai baju kurung dahh, pakai baju biasa je . Sebab aku bawak 2 pasang je baju kurung hew hew heww . Pastu kakak aku kata aku tomboy sebab tak pakai baju kurung, takpa tomboy-2 aku ni pun still comel juga #puihhktipuje haha :D Raya ketiga ni pergi dduk rumah belah Abah pulak untuk satu malam, Dekat Bidor, tahu tak tahu tak? alaa kat perak juga lerr .



Muka nak makan pelempang memang cenggini :D


Hihi dengan mak kita lerr <3

Tidur kat bidor malam tuh main bunga yg KLCC tuh, ntah apa nama dia lupa pula -..-" Ada buat video, mmg kelakar video tuh . Nak masukkan tp fikir-2 balik aku tak pakai tudung pula dlm video tuh, mmg hampeh betul . Takpaa watchill muahaha :D

K esokknya raya keempat aku dah balik kayell . Babai Perak see you laterr, nnti kami sekeluarga dtg balik yer . Nak raya kat KEYELL ler pulokkk .

Kbai sekarang trial trial trial -.-"
Wish me luck tentawan <3


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum..

My heartbeat Nazrul Shahmin ♥
Salam ukhuwwah fillah :) Thank you for visiting my blog. Hope you enjoying!

Navigation

Entry Owner Link


Princess & Prince
Norsyuhada (My Cousin)
Candy Jar!
Zainur Khairiyah
Nur Dariena
Laila Husna
Kak Nany yang Menawan :)
Abg Apiz yang Gagah Perkasa :D
Zariat (Yat Yit Yot)



Credit

Skin By: MissPonti
Picture: Favim & Heart
Welcome to Nurul Anis Izzati Official Blogspot ! Follow Me? | Dashboard